Hak Asasi Manusia adalah hak yang melekat pada diri manusia sejak lahir yang tidak dapat diganggu gugat dan bersifat tetap. Kita sebagai warganegara yang baik tentunya haruslah saling menghormati antara satu sama lain dengan tidak membezakan ras, agama, golongan, jabatan ataupun status sosial.
PENGERTIAN HAK ASASI MANUSIA (HAM)
Secara universal HAM adalah hak dasar yang dimiliki oleh seseorang sejak lahir hingga meninggal dunia sebagai anugerah daripada tuhan YME. Semua orang memiliki hak untuk menjalankan kehidupan dengan apa yang dikehendaki selama tidak melanggar norma dan tata nilai dalam masyarakat. Hak asasi ini sangat wajib untuk dihormati, dijunjung tinggi dan dilindungi oleh negara, hukum dan pemerintah. Setiap orang sebagai harkat dan martabat manusia yang sama antara satu sama lain yang benar-benar wajib untuk dilindungi dan tidak ada yang membezakan hak antara satu dengan yang lainnya.
Dibawah ini akan menjelaskan tentang pengertian Hak Asasi Manusia dari beberapa ahli dibidangnya, yaitu antaranya:
John Locke- Menjelaskan bahawa HAM ialah hak-hak yang langsung diberikan Tuhan yang esa kepada manusia sebagai hak yang kodrati. Oleh kerananya, tidak ada kekuatan apapun di dunia yang bisa mencabutnya. HAM ini sifatnya fundamental atau mendasar bagi kehidupan manusia dan pada hakikatnya sangat suci.
Peter R. Baehr- Menurutnya HAM merupakan hak dasar yang mutlak dan harus dimiliki oleh setiap insan untuk perkembangan dirinya.
Prof. Koentjoro Poerbopranoto- Menurutnya HAM ialah suatu hak yang sifatnya mendasar atau asasi. Hak-hak yang dimiliki setiap manusia berdasarkan kodratnya yang pada dasarnya tidak akan boleh dipisahkan sehingga bersifat suci.
Mahfudz M.D- Menjelaskan bahawa HAM merupakan hak yang melekat pada martabat setiap manusia yang mana hak tersebut dibawa sejak lahir ke dunia sehingga pada hakikatnya hak tersebut bersifat kodrati.
Muladi- Menurutnya HAM ialah segala hak pokok atau dasar yang telah melekat pada diri manusia dan kehidupannya.
Haar Tilar- HAM ialah hak-hak yang melekat pada diri setiap insan dan tanpa memiliki hak-hak itu maka setiap insan tidak boleh hidup selayaknya manusia. Hak tersebut didapatkan sejak lahir ke dunia.
UU No 39 Tahun 1999- Menerangkan bahawa HAM ialah seperangkat hak yang melekat pada diri manusia sebagai makhluk ciptaan Allah SWT dimana hak tersebut merupakan anugerah yang wajib dihargai dan dilindungi oleh setiap orang untuk melindungi harkat dan martabat setiap manusia.
Antara bahagian asas untuk Hak Asasi Manusia ialah:
- Hak Asasi Peribadi (Personal Rights)
2. Hak Asasi Politik (Political Rights)
Hak asasi politik merupakan sebahagian daripada hak asasi manusia yang berhak untuk memilih dan dipilih dalam setiap pemilihan. Ini membawa maksud bahawa setiap orang berhak memilih pemimpin yang akan memerintah sesebuah Negara, negeri, daerah, persatuan dan sebagainya.
3. Hak Asasi Ekonomi (Property Rigths)
Hak asasi ekonomi berhubungan dengan perekonomian di mana setiap orang berhak melakukan proses jual beli, berhak dalam mengadakan sebuah perjanjian kontrak, kebebasan menyelenggarakan sewa-menyewa dan hutang-piutang, berhak memiliki sesuatu pekerjaan yang layak dengan dirinya dan sebagainya.
VIDEO :
l
No comments:
Post a Comment